Friday, May 11, 2018

Catatan sumbanganku menjadi Ketua Tempat Mengundi aka KTM bagi PRU Ke 14

Assalamualaikum

9hb Mei 2018 tarikh keramat tsunami peralihan politik di Malaysia. Aku pun tak sangka yang aku akan terlibat juga dalam proses pengundian kali ke 14 Pilihan Raya Umum Malaysia.

        Tapi yang aku nak cerita kat sini bukannya pasai peralihan kuasa ke apa tapi pengalaman berharga aku bertugas sebagai Ketua Tempat Mengundi (KTM).

        Aku berminat mengisi borang nak jadi kerani mengundi pada asalnya tapi tak semena2 aku ditawarkan sebagai KTM di kawasan Parlimen panas yang diketahui umum kawasan kuat parti pembangkang. Agak cuak juga namun demi mencari pengalaman kugagahi terima tugas dengan berlapang dada. Ada antara kawan2 aku yang menolak disebabkan tanggungjawab yang bakal digalas agak besar dan ada yang jua seperti aku ingin mencuba sesuatu yang baru. Aku ambil semangat 2 orang kawan aku dan apa2 pun jadi kami akan teruskan juga tugasan ini.
     
       Bermula dengan taklimat 2 bulan sebelum PRU yang kami sendiri pun tidak menjangka bila akan berlaku dan satu taklimat ulangan sebulan sebelumnya bagi memaklumkan saluran dan kerani pengudi yang akan sama2 bertugas disaluran aku. Dan last seminggu sebelum PRU bagi taklimat PDRM dan sesi suai kenal dgn petugas pengiring  (polis) bagi saluran masing2. Dan sesi ini juga menerangkan arahan2 PDRM yg perlu dikuti bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak dingini. Antaranya bergerak secara berkonvoi bagi mengambil  dan mengantar peti undi dan lain2 lagi. Polis sama sekali tidak dibenarkan memegang peti undi yang dibawa. Kalau jatuh tergolek depan kaki dia pun sorry yer dia tak boleh angkat. Tergolek lah engkau kat situ. Itulah prosedur so kena follow lah arahan.

     8hb Mei 2018 aku dan kawan2 aku bertolak dari rumah ke pusat pengumpulan peti undi dan dan menyemak segala peralatan yang di bekalkan. Borang2 ditandakan dan disahkan. Menyemak setiap helaian kertas undi bagi memastikan no siri dan bilangannya serta lambang parti adalah betul. Setelah selesai menyemak pengisian borang 13 terus dibuat bagi merekod jumlah buku/ kertas undi  yang diterima. Segala borang2, sampul, peti undi dicek dengan teliti bagi mengelakkan sebarang isu dikemudian hari contohnya peti undi lengkap dengan lidahnya dll.  Segala poster, jadual dan alatan, jam, cop, petak undi, pass KTM dan pass KP dan segalanya dibekalkan dan direkod teliti satu persatu. KTM dibenarkan hanya seorang sahaja KP yang membantu. Manakala 2 lagi kp menunggu disekolah bagi urusan menampal dan menyiapkan saluran atau bilik mengundi. Setelah selesai KTM terus bergegas ke sekolah yang menjadi tempat mengundi.

      Kredit buat 3 orang KP aku Faiz, Nana dan Yati yang sangat baik memberi kerjasama dan sangat cekap..bukan takat kerjasama siap belikan kepci lagi. Terima kasih sangat2 sebab dengan keadaan aku yang kelaparan dan rasa risau serabut kat kepala sebab kurang ulangkaji buku yang disediakan oleh SPR. Macam2 bermain dibenak aku. Lain kali kena makan dulu lah. Huu..

       Balik rumah dah petang sebab daerah mengundi aku agak jauh dari rumah jadi lewat sampai juga. Terus semak apa yg patut dan siap2 sediakan segala dokumen yang perlu dibawa. Yang wajib sekali pass, surat sumpah dan kad pengenalan. Kalau rajin isi lah borang2 yang disediakan siap2. Tapi aku tak dapat isi sebab tak ingat kod2 seperti di buku DPPR. so lain kali pastikan rekod apa yang ada dimuka surat buku DPPR ya.

     Kunci jam sebelum pkul 4 pagi, entah kenapa susahnya mata nak lelap, pkul 1.30 pagi terbangun..terkebil2. Kupaksa tidur juga..sebab nak guna tenaga banyak. Sebarang kelalaian akan mengundang padah. 3.50 pagi segera siap dan solat sunat.  Oh ya baju T ada disediakan oleh pihak SPR. 4.30 pagi berkonvoi dengan 2 biji lagi kereta kawan2 aku. Sampai kat centre kena tunggu lagi 5 lagi KTM saluran lain bagi urusan mengambil peti undi. Selagi tak cukup 6 saluran atau KTM tidak boleh bergerak sebab setiap sekolah sudah dikhaskan seorang pengiring polis bermotosikal dan sebiji pacuan 4 roda polis. Seusai solat subuh didewan berdekatan kami berenam terus memasuki pusat dan diarahkan segera bergerak ke daerah tempat mengundi.

        Kami diarahkan memasang lampu signal kiri dan kanan dan terus bergerak tanpa berhenti dimana2 lampu isyarat. Dalam pukul 6.35 pagi kami sampai di daerah  tempat mengundi dengan selamat. Aku bergegas ke tingkat 1 saluran 3. Dan siap menyusun alatan yang dibekalkan untuk kp1 , kp2 dan kp3.

       Pukul 7.25 pagi Egen Tempat Mengundi (ETM) bagi setiap parti datang, aku kena semak pass, surat lantik dan akuan sumpah serta kad pengenalan sebelum ETM masuk ke saluran. So pastikan kena ada 4 dokumen tersebut. Surat lantikan dan akuan sumpah hanya akan di ambil bagi ETM yang bertugas shift akhir. Jangan la dok p ambil awai2 kesian depa tak boleh masuk saluran lain untuk tukar shift.

      Setelah siap memberi taklimat buat ketiga2 KP, seterusnya 7 45 pagi taklimat buat ETM dan memeteri peti undi kosong dihadapan mereka. Tepat 8.00 pagi aku mengarahkan polis membuka pintu dan bermulalah episod mengundi. Pelbagai karenah dari 473 orang yang hadir dari 606 pengundi tersenarai  dikawasan tersebut.

     Bermula tugas KP 1 meneriakkan nama pengundi setelah membuat pengecaman wajahnya menggunakan kad pengenalan serentak itu jari kiri pengundi dicelup ke dalam dakwat kekal dan nama pengundi dipotong di dalam senarai DPPR seterusnya kertas undi diberi kepada pengundi setelah dicop dengan penindik.

      Setelah itu pengundi memangkah kertas undi di petak undi yang telah disediakan pen seterusnya pengundi memasukkan kertas undi ke dalam peti undi. Setiap tindakan diperhatikan oleh ejen dan mereka juga menggariskan nama pengundi yang telah mengundi pada buku DPPR mereka.

    Sebarang tindakan yang mereka rasa tidak kena atau tidak sepatutnya dibuat mereka akan terus memaklumkan kepada KTM.

    Semasa aku bertugas terdapat lima kes tumpang saluran di mana 5 pengundi yang menggunakan kerusi roda tidak dapat naik ke tingkat 1 bagi membuang undi.  apa lagi terus aku merujuk buku KTM bagi mengetahui prosedur yang ditetapkan. sebelum ni tak terfikir langsung berkenaan tumpang saluran. langsung aku tak baca buku.  sangkaan ku meleset sbb aku mengandaikan aku tak akan dapat kes yang macam ni.

     Bagi kes tumpang saluran, pertama sekali semak IC pengundi di DPPR KTM dan Sekiranya ada maklumkan kepada agen yang kita ni nak  pergi kebawah bagi membuat pengesahan i.c  seterusnya naik semula kesaluran bagi mengisi borang dan kp1 akan meneriakkan nama pengundi dan kp3 memberi kertas undi kepada KTM. Aku memasukkan kertas undi kedalam sampul kosong setelah ETM berpuas hati kertas undi tersebut belum ditandakan. Terus pulak aku bergegas turun untuk meminta pengundi ke saluran bawah dan memaklumkan dengan KTM dan ETM saluran bawah juga ulangi cara yang sama tunjukkan kertas undi tersebut adalah masih tidak bertanda. Pengundi mencelup jari mereka dan  ETM diminta untuk tandatangan sebagai saksi pengundi mengundi dibawah. Terus bawa naik pula untuk masukkan kertas undi kat peti undi saluran aku. Fuhhhh...5 orang beb... bayangkan aku turun naik berapa kali..mau kurus kalau hari2 gini.

      Selesai satu bab. Ada pula kes yang  lain...tp kes ni aku minta pengundi membuat report di balai polis. Kes ni x dapat lah nak cerita detail. Kang spekulasi lain lak. So apa2 kes mesti kena rujuk pegawai SPR yang siap sedia dengan sebarang kemungkinan.

    Setiap yang berlaku harus direkod even keluar masuk ETM waima sebarang kes. Ada kes kena ganti kertas undi baru pun kena rekod.

    Setiap jam jumlah pengundi mesti kena report kat SPR menggunakan aplikasi online yang telah ditetapkan.

      Awal pagi agak panjang barisan dan pengundi sabar menanti turn masing2. Last pukul 4.30 petang dah tak ada pengundi..sambil2 tu aku siapkan apa yang patut diisi pada borang2 yang akan dihantar nanti. Tepat jam 5.00 petang waktu RTM saluran 3 dengan rasminya ditutup. Aku dan KP memeteri peti undi untuk depan ETM dan rehat sekejap g solat dan makan dengan sempurna nyaaa.. sebab awal tadi makan tu memang tak sempat. Jamah2 n minum air jer. Dah maklum kat ETM untuk mengira undi jam 5.30 petang. So ETM tunggu dalam saluran jadi kami siapkan pulak segala kelengkapan untuk mengira undi. Dulang mengira undi dan alatan2 semua siap susun. 5.35 petang camtu buka peti undi depan ETM dan tunjukkan peti kosong dan mula kira 10 keping dan cukup 100 diikat satu ikatan besar. Dah siap semua isi borang dan mula buka 1 persatu dan kertas undi ditunjukan kepada ETM.

     Terkehel2 lidah aku menyebut nama2 parti berulang2 kali..dari pukul 4 pagi kut.. tergelak Egen. Ada undi ragu masuk dulu dalam dulang ragu then baru putuskan samada ditolak atau diterima.  KTM tandatangan dibelakang kertas undi setelah dicop.

    Setelah selesai semua masukkan segala kertas undi dan borang2 semua seperti arahan dan meterikan depan ETM. Tandatangan KTM dan ETM. Tapi jangan sesekali lupa borang yang sepatutnya serahan tangan asingkan dan masukkan dalam beg. Jangan la hang dok p masukkan dalam peti undi tu..nangis nanti. Nak kena banyak plak prosedur kalau tersilap masuk dalam peti yang telah dimeterikan.

     Dah selesai semua..clearkan saluran yang bertampal2 tu nanti kesian cikgu2 sekolah nak kena bersihkan lagi. Bawa peti turun diiringi polis dan berkumpul semua 6 saluran dan bergerak serentak seperti awal pagi tadi.

    Sampai kat pusat perjumlahan undi serahkan kepada R.O sampul yang serahan tangan dan peti undi. Selesaiii...

    Itulah pengalaman aku berkhidmat sebagai KTM. Kenangan pahit manis aku akan ingat sampai bila2. Berkhidmat untuk negara tercinta..sedikit sangat sumbangan aku berikan berbanding mereka yang bertungkus lumus ujudkan negaraku Malaysia tercinta.
   

   


   
   

 
Lewat malam baru sampai rumah